Pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham memuat naik 'screenshot' kenangan perbualan bersama arwah ibunya, Asiah Haron.

Menurut Issey jika ada masalah yang melanda, dia akan menghubungi arwah ibunya untuk membuat sesi luahan perasaan.

"Tek. Panggilan arwah Ma kat issey. Dulu kalau serabut, sedih, hati panas, mesti text or call dengan Ma. Haishh miss you la, Ma," luahnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Issey terkesan serta bersedih dengan pemergian insan yang tidak akan kembali.

Di samping itu, terdapat segelintir peminat yang mendoakan semoga Issey diberi ketabahan untuk menempuh dugaan berat itu.




Terdahulu, ibu Issey dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Julai, jam 3.40 petang.

‘Tek’. Panggilan arwah ma kat issey. Dulu kalau serabut, sedih, hati panas, mesti text or call dengan Ma. Haishh.. miss u la Ma. “

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on