Teman rapat kepada usahawan kosmetik Nur Sajat, Coach Yin dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada mata sebelah kiri baru-baru ini.

Jangkitan bakteria itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemakaian kanta lekap hingga mengakibatkan hampir buta.

"Hari kedua dalam wad, yang mana jenis pakai kanta lekap tu jangan sampai buat tidur. Bahaya. Boleh jadi macam saya.

"Mata sebelah kiri ada ketumbuhan ulser disebabkan bakteria dari kanta lekap. Boleh menyebabkan mata jadi buta.

"Nasihatlah kepada kawan dan keluarga anda yang mana pakai kanta lekap jangan jadi macam saya.

"Mata sebelah sudah tak boleh nampak," kongsi jurulatih kecergasan popular itu menerusi entri terbaharu di Instagram.

Hari ke 2 Di dalam wad..yang mana jenis pakai lens tu.jgn pakai lens Sampai buat tertido.bahaya.boleh jadi mcm sy.mata sebelah kiri ad ketumbuhan ulser disebabkn bacteria Dari lens.boleh menyebab mata jadi buta....nasihat lah kepada kwn dan keluarga anda yang mana pakai lens...jgn jadi mcm sy.mata sebelah dah xboleh nmpak.setiap 30minit org dtg cucikn mata ,termasuk tgh mlm.kene tido2 ayam.sebab xnk bg bacteria merebak...benda nampak simple,tp jgn ambil remeh..

A post shared by Coachyin (@coach_yin) on


Selain memuat naik keadaan terkininya yang masih dirawat sejak hujung minggu lalu, Yin berpesan agar orang ramai tidak mengambil remeh akan tatacara penjagaan kanta lekap.

"Setiap 30 minit orang datang cucikan mata termasuk tengah malam.

"Kena tidur-tidur ayam sebab tak nak bagi bakteria merebak.

"Nampak mudah tetapi jangan ambil remeh," pesannya.

Sajat turut memuat naik beberapa rakaman video dan foto ketika menziarahi Yin di wad.

teman org sakit... awak kena jaga diri tau!!! take care yin... ?

A post shared by nursajat (@nursajat23) on