"Mata Sebelah Dah Tak Boleh Nampak" - Teman Rapat Sajat Hampir Buta Kerana ...

Amri Hassan
September 23, 2019 03:09 MYT
Teman rapat kepada usahawan kosmetik Nur Sajat, Coach Yin dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada mata sebelah kiri baru-baru ini.
Jangkitan bakteria itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemakaian kanta lekap hingga mengakibatkan hampir buta.
"Hari kedua dalam wad, yang mana jenis pakai kanta lekap tu jangan sampai buat tidur. Bahaya. Boleh jadi macam saya.
"Mata sebelah kiri ada ketumbuhan ulser disebabkan bakteria dari kanta lekap. Boleh menyebabkan mata jadi buta.
"Nasihatlah kepada kawan dan keluarga anda yang mana pakai kanta lekap jangan jadi macam saya.
"Mata sebelah sudah tak boleh nampak," kongsi jurulatih kecergasan popular itu menerusi entri terbaharu di Instagram.
Selain memuat naik keadaan terkininya yang masih dirawat sejak hujung minggu lalu, Yin berpesan agar orang ramai tidak mengambil remeh akan tatacara penjagaan kanta lekap.
"Setiap 30 minit orang datang cucikan mata termasuk tengah malam.
"Kena tidur-tidur ayam sebab tak nak bagi bakteria merebak.
"Nampak mudah tetapi jangan ambil remeh," pesannya.
Sajat turut memuat naik beberapa rakaman video dan foto ketika menziarahi Yin di wad.
#Nur Sajat #Coach Yin #Mata