Laman Utama

“Mati Itu Pasti...”- A. Aida Artis Pertama Terima Vaksin Covid-19

gempak
Syafiqah Jalal
16/04/2021
01:56 MYT
Sponsor Banner
“Mati Itu Pasti...”- A. Aida Artis Pertama Terima Vaksin Covid-19
Penerbit terkenal Datuk A Aida menjadi artis tempatan pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech yang dijalankan di Dewan Sri Seroja, Putrajaya semalam.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.
“Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.
"Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mati, apa boleh dicakap adalah mati itu memang pasti dan bila-bila saja. Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita," katanya
Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.
Sasha menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live