Mati-Mati Ingat Perempuan, Ini Rupa-Rupanya Wajah Sebenar 'Hantu' Munafik 2

Amri Hassan
September 7, 2018 07:52 MYT
Siapa sangka, di sebalik kejayaan sesebuah babak seram dalam filem berdiri individu belakang tabir yang tidak lekang memberikan usaha yang terbaik.
Jika anda menonton filem Munafik 2, selain babak Weni Panca, pelakon yang diterbangkan khas dari Indonesia menjadi hantu, ada juga individu lain yang menjadi tulang belakang untuk karakter terbabit.
Inilah wajah sebenar di sebalik jasad seram dalam Munafik 2!
Ahmad Shahidan Izwan merupakan pelakon tambahan yang menjayakan karakter-karakter hantu dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.
Berkongsi kisah sebenar di sebalik tabir filem itu, Shahidan menyangkal dakwaan makhluk seram bertudung dalam Munafik 2 dilakonkan oleh perempuan sebenar.
"Ramai yang ingat hantu dalam Munafik 2 adalah perempuan. Salah... hantu tu adalah seorang lelaki yang handsome," tulisnya berseloroh di Twitter.

Ramai yg ingat hantu dalam Munafik 2 adalah perempuan . Salah.. hantu tu adalah seorang lelaki yg hensem ??? #MUNAFIK2 pic.twitter.com/ppvv7JQvfN

— Ahmad Shahidan Izwan (@Shahidan_izwan) September 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, sejak dari filem Munafik 1 lagi, khidmat Shahidan digunakan oleh produksi sama.
Shahidan menjalani beberapa proses teknik solekan khas setiap kali sebelum penggambaran bagi mendapatkan karakter yang diinginkan.
Malah, jejaka itu turut berkongsi langkah demi langkah solekan khas yang dilakukan terhadapnya.

"kau berbuat baik guna nama agama dan quran bukan kerana mengejar redha Allah tapi mengejar nama dan sanjungan manusia" Munafik 2 Ost "Menangislah"@SyamsulYusof84 feat @CahayaAsmawi Makeup Effect : @connie_sim47 @MasQairunissa #BakalMenantuMakKome #Munafik2 #IwangHantuMunafik pic.twitter.com/tWjvieYtgO

— Ahmad Shahidan Izwan (@Shahidan_izwan) September 5, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk pengetahuan anda semua, hantu dalam film Munafik 1 adalah @Shahidan_izwan . Bab" hantu bagi dia je ???? #Munafik #Munafik2 pic.twitter.com/UDDncbozL7

— Ahmad Shahidan Izwan (@Shahidan_izwan) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber: @Shahidan_izwan
#Viral #Hantu #Viral #Munafik 2 #Ahmad Shahidan Izwan