Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Mati Pun Pakai Jersi Man United!” - Buat Pembinaan Atas Tanah Kubur, Patutlah Hantu Pocong Mengamuk!

Azwa Rahman
09/02/2021 08:10 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri telah menemui penonton dengan episod kesepuluh berjudul Pomcom Kampong Pisang pada malam tadi.

Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan Ozlynn Wati yang memegang watak Cik Chom Bagan selaku ketua kontraktor dan Joey Daud (Posmen Daud) sebagai pelakon jemputan.

Dalam episod kali ini, penduduk kampung diganggu kelibat hantu pocong yang menyeramkan.

Kehadiran orang luar bagi membangunkan tanah di Kampong Pisang menambahkan lagi misteri apabila ada pekerja yang terbunuh dengan tidak semena-mena.

Mencari punca gangguan dan serangan banyak hantu pocong, akhirnya geng Pak Jabit mendapat jawapannya apabila tanah perkuburan menjadi tapak pembinaan perumahan.

Dengan bantuan Pak Karim yang tiba-tiba berani, sekumpulan hantu pocong yang diketui oleh Cik Chom Bagan dibawa ke penempatan baru.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur dengan aksi orang kampung diserang hantu pocong.

“Lepas ni kalau ada pocong kacau tanya dulu dia geng mana Liverpool ke MU,” kata seorang wargamaya.

“Hahahaha, bodolah fans liverpool kena kacau dengan pocong, tapi hantu pocong pulak penyokong Man United. Dah member dok jerit Mo Salah,” komen seorang wargamaya.

“KAMPONG PISANG MALAM INI BAHAN LIVERPOOL SAMPAI LENCUN OI,” ujar seorang wargamaya.

“Kampom kitam adam pomcom hahahahaha,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

#mamat khalid #Ozlynn Wati #Joey Daud #Kampong Pisang Bersiri-siri