,
Suudu

Matt Preston Jatuh Hati Dengan Sambal Petai

Syafiqah Jalal
16/08/2017
10:52 MYT
Juri Masterchef Australia, Matt Preston akui sudah jatuh hati dengan keunikan rasa sambal petai di Malaysia.
Matt Preston berkata pertama kali berpeluang mencuba sambal petai di sini, dia akui rasanya sangat luar biasa dan menakjubkan.
"Saya memang sangat teruja apabila dapat mencuba banyak makanan di Malaysia terutamanya sambal petai.
"Saya suka sangat rasa sambal di sini, apatah lagi ia dimasak bersama dengan petai. Rasanya sungguh enak dan sempurna.
"Saya juga sudah mencuba serta eksperimen memasak petai dengan pelbagai jenis sambal dengan ramuan yang berbeza.
"Selain sambal petai, saya paling suka makan sate serta otak-otak, saya tidak bole gambarkan apabila ia masuk ke mulut, rasanya sangat sedap.
"Saya akan membawa inspirasi makanan di Malaysia ke dalam masakan saya nanti," katanya kepada Astro Gempak.
Matt ditemui ketika dia ke Malaysia untuk acara Malaysia: History Con 2017 di MAEPS baru-baru ini.
Sementara itu, Matt turut memberitahu sebagai juri MasterChef dia turut berbangga kerana peserta daripada Malaysia antara yang mempunyai bakat yang sangat bagus dalam memasak.
"Lihat sahaja dengan negara ini ia mempunyai satu negara yang menakjubkan terdiri daripada pelbagai kaum.
"Masakan peserta daripada Malaysia dipengaruhi oleh asal-usul mereka. Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang saya boleh kata terdapat 50 juta makanan kesemuanya.
"Bila bercakap pasal laksa, Malaysia mempunyai lebih 17 jenis laksa daripada seluruh negeri.
"Malah makanan di Malaysia dipengaruhi banyak kaum termasuk Melayu, Cina dan India dan disitu datangnya Nasi Lemak, Teh Tarik, Roti Canai, Yong Tau Foo dan sebagainya.
"Tidak mustahil peserta dari Malaysia dalam Masterchef antara peserta yang cemerlang," katanya lagi.
Bulan lalu, peserta kelahiran Malaysia, Diana Chan menjuarai Masterchef Australia.
Chan yang menetap di Melbourne telah berjaya mengalahkan pesaingnya, Ben Ungerman dalam perlawanan akhir rancangan realiti tersebut.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Pemilik Restoran Nasi Kandar Hameediyah Cabar Masterchef Indonesia Datang Malaysia - "Pekena Depan Saya, Beritahu Berpasir Atau Tidak?"

gempak
03/10/2024
12:09 MYT
Pemilik restoran nasi kandar tertua di Malaysia, Restoran Hameediyah, Abdul Sukkor Syed Ibrahim mencabar masterchef Indonesia yang mendakwa nasi kandar Malaysia punyai rasa 'berpasir' untuk datang bertandang ke Malaysia.
Viral

"Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'

gempak
22/09/2024
05:30 MYT
Menu nasi kandar seharusnya digazetkan sebagai makanan warisan negara, sama seperti nasi dagang, teh tarik, serta roti canai.
Viral

Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional

gempak
21/09/2024
02:55 MYT
Fani mendapat pelbagai kritikan selepas mendakwa Nasi Kandar Malaysia mempunyai rasa yang ‘biasa’ selain ‘berpasir’ kerana menggunakan rempah serbuk.
Laman Utama

Menu Diet Atikah Suhaime Ikut Tekak Melayu! Love Sambal Petai & Salmon Kunyit

gempak
23/08/2023
04:50 MYT
Lauk macam ni bahaya boleh bertambah nasi, sedap.
Gegar Vaganza 2021

Tok Ram Kagum Keberanian Fazley Sertai GV8, Ulas Punca Penyingkiran - "Dia Hilang Banyak Markah Pada ..."

gempak
13/12/2021
02:50 MYT
Rezeki Datuk Fazley sampai minggu keempat saja...
Unitar