Maureen Juara Asia's Next Top Model 5
Amri Hassan
30/06/2017 02:15 MYT
30/06/2017 02:15 MYT
Maureen Wroblewitz telah dinobatkan sebagai pemenang program realiti pencarial model Asia's Next Top Model (AsNTM) musim kelima menewaskan peserta dari Malaysia, Shikin Gomez.
Maureen, 18, merupakan peserta dari Filipina pertama memenangi program realiti itu yang sebelum ini pernah didominasi oleh peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok (AsNTM1) dan Tawan Kedkong (AsNTM4).
Malaysia pernah sekali memenangi AsNTM pada musim kedua menerusi penyertaan dari Sheena Liam.
Tempat kedua AsNTM5 dimenangi model dari Malaysia, Shikin Gomez dan ketiga menjadi milik peserta dari Vietnam, Minh Tu.
AsNTM dihoskan oleh Cindy Bishop dan diadili jurugambar profesional, Yu Tsai dan model mentor, Cara Mcilroy.
Teks oleh: Amri Hassan