Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Maut Semasa Bekerja, Netizen Dakwa Syarikat Tak Mahu Bertanggungjawab, Sanggup Reka Cerita Demi Jaga Reputasi

Gempak
31/12/2023 06:55 MYT
Demi menjaga reputasi, sebuah syarikat didakwa tidak mahu bertanggungjawab atas kematian pekerjanya.

Menerusi satu perkongsian di Platform X, difahamkan seorang pekerja kilang maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih kurang 24 meter.

BERITA TRENDING: Sehari Bernikah, Pengantin Baharu Maut Kemalangan - "Mereka Dalam Perjalanan Selepas Ambil ..."

Bagaimanapun, susulan kejadian itu, pihak kilang dikatakan telah mengarahkan dan memaksa pekerja lain mengalihkan mayat mangsa ke tempat lain supaya kes dapat ditutup dan nama baik syarikat itu terjaga.

“Pihak kilang tidak mahu bertanggungjawab lalu menyuruh dan memaksa pekerja lain untuk mengangkat arwah dan dialihkan ketempat lain supaya kes ini dapat ditutup dengan serta merta.

“Saya mendapati cerita arwah masih lagi hidup sewaktu dihospital itu hanya cerita yang tidak betul semata mata untuk menutup kes ditempat kejadian," tulis saksi kejadian.


Menjengah ke ruangan balas entri berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan berharap agar syarikat itu dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Menteri dah dapat tahu benda ni, tak selamat lah syarikat tu,”

“Semasa sedang bekerja/bertugas, secara automatik syarikat kena bertanggungjawab. Lagi-lagi dalam kawasan kerja. Nak lari mana lah syarikat ni?”

“Siasat habis!”

Sekadar info, kemalangan itu telah pun mendapat perhatian dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Selangor (DOSH) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: Platform X

#Viral #Jatuh #Maut #Kilang #Pekerja
;