Hiburan
"Mawar Karim Cuba Tahan, Akhirnya Meluah Rasa & Menangis" - Ustaz Ebit Lew
Usahawan hijab, Mawar Karim tidak dapat menahan sebak apabila menjawab soalan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew mengenai pesanan terakhir buat anaknya, Wan Maryam jika hari ini merupakan hari terakhirnya hidup di dunia.
Bertemu untuk program Door To Door bersama Ustaz Ebit Lew yang bakal bersiaran di Astro Oasis, penceramah itu turut berkongsi sedutan video terbabit di laman Instagram miliknya.
"Sebak bila buat majlis ilmu di rumah Mawar. Syukur jumpa kedua mak ayahnya yang sangat baik.
"Terharu mereka berdua rajin tengok Door to Door Ebit Lew. Mawar sangat positif dan baik.
"Dapat berkongsi doa dan amalan dalam keluarga. Doa bangkit dari kesedihan dan hadiahkan buku Isteriku Bidadari.
"Walau beliau cuba tahan akhirnya beliau meluah rasa dan menangis ketika saya tanya jika mungkin hari ini hari terakhir apa kata nasihat untuk anaknya satu hari nanti.
"Nasihat Mawar agar anak jaga agama dan jaga solat. Saya doakan beliau panjang umur bahagia dan Allah berikan yang terbaik buat hidupnya.
"Benarlah bila ingat Allah hati kita rasa bahagia. Allah sayang," tulis Ebit.
Baru sahaja bercerai talak satu dengan pelakon Fizo Omar, Mawar turut berkongsi foto pertemuannya bersama Ebit di laman Instagram.
Mawar mengucapkan berterima kasih kepada Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu.
"Terima kasih banyak-banyak Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yg kami dapat.
"Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yg berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.
"Betul kata ustaz apa yg berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah, mohon dengan Allah.
"Tidak perlu cerita kepada sesiapa yang alami adalah diri kita. Kita saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.
"Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita," tulis Mawar.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada 10 November 2013 dan pasangan ini sah bercerai talak satu pada 9 Julai lalu.
Must-Watch Video