Pelakon dan pengacara, Fizo Omar mendedahkan isterinya, Mawar Abdul Karim kerap mengidam untuk makan capati.

Fizo berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Fizo, dia juga berasa lega kerana isteri kesayangannya itu tidak mengidam makanan yang pelik seperti kebanyakan ibu mengandung.

“Terkeluaq biji mata mummy Rose dapat makan capati dan tosey. Nasib baik dia mengidam capati jer. Senang nak cari. Dah kali ke berapa pun tak tau dah dia minta capati ni. Apakah petanda nya?” tulisnya.

Dalam pada itu, kapsyen yang ditulis oleh Fizo itu menyebabkan peminat mula meneka jantina bayi di dalam kandungan Mawar yang kini berusia enam bulan.

Tidak kurang juga ada di antara mereka berkongsi pengalaman sama seperti yang dialami oleh pasangan berkenaan.

Rata-ratanya meneka pasangan ini bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

@nnazris: Kalau dia mintak roti telur maknanya lelaki, kalau roti kosong tu perempuanlah.

@syai_rashid: Kalau saya kuat makan kari dan roti canai, dua-dua baby boy

@wandereel: Baby boy? Sebab saya pun sama asyik nak gerai mamak je siang malam. Tak prata, briyani. Tak briyani, tosei. And i am then blessed with a cute bb boy.

@izainun04: Dulu saya mengidam capati, dapat baby boy.


Foto: @fizoomar / @mawar_karim

Teks oleh: Mya Amri