Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

Firdaus
04/08/2024 03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.

Kongsi Video Tidurkan Anak

Menerusi klip video singkat yang dikongsikan di Instagram itu, dapat dilihat Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berusaha menidurkan tiga orang cahaya matanya walaupun berdepan kesukaran.

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

"Kasihan Mawar...

Bagaimanapun, posting tersebut menerima reaksi negatif daripada segelintir netizen yang tidak semena-semena menyalahkan bekas suami Mawar, Raf Yaakob sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab.




Sementara itu, ada juga sesetengah yang meluahkan rasa kagum dengan ketabahan dan kecekalan Mawar meneruskan hidup sebagai ibu tunggal.



Imbas kembali, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 2017.

BERITA TRENDING:Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

BERITA TRENDING:Suami Didakwa Curang? Puteri Dubai Umum Cerai Menerusi Hantaran Instagram – “I Divorce You..”

BERITA TRENDING:Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

BERITA TRENDING:Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Bagaimanapun, Mawar mengesahkan sudah bercerai dengan Raf pada November tahun lalu disebabkan sudah tiada persefahaman.
#Anak #Netizen #Selebriti #Mawar Rashid #Raf Yaakob #hiburan