Laman Utama
Mawar Rashid Mohon Maaf, Dah Cuba Istiqamah Bertudung Tapi Gagal - “Ini Bukan Tindakan Baik, Tak Patut Contohi”
Pelakon dan usahawan Mawar Rashid akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai keputusan dia tidak lagi mengenakan hijab.
Mengakui tindakannya itu tidak patut dijadikan contoh, Mawar menerusi hantaran di Instastory turut memberitahu dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
“Minta maaf saya tak angkat dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru buka handphone malam ni. Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya.
“Saya tak nak cakap banyak mengenai isu ini sebab tindakan saya ni bukanlah tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
“Sungguh pun semua ini dah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah SWT sahaja,” kata Mawar.
Pada perkongsian yang sama, Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.
“Saya juga nak minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan saya cuba sedaya upaya untuk istiqamah selama ni. Tapi saya gagal kali ini.
“Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan ini. Terima kasih kepada yang masih sokong saya, bagi kata positif dan doakan yang baik untuk saya. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mawar Rashid memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal.
Must-Watch Video