,
Laman Utama

Mawar Rashid Sedih Tak Dapat Ikut Suami Tunai Umrah - “Anak-Anak Takde Orang Jaga..”

Azwa Rahman
12/03/2022
00:45 MYT
Pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat mengikut suaminya, Raf Yaakob menunai ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
Menurut Mawar, hal itu berikutan dia perlu menjaga anak-anaknya di rumah.
Tambah pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 27, ini lagi, walaupun bersedih, dia tetap berasa gembira kerana mereka merancang untuk melakukan ibadah tersebut bersama seisi keluarga pada hujung tahun ini.
“Hantar my Raden love to KLIA2 for umrah at 12 midnight. Raya happy plus sedih tak dapat ikut. Cemburu sebab Raden dapat beramal bersama jemaah dan tok guru kami, Abuya.
“Tak dapat ikut sebab anak-anak takde orang jaga. Tapi happy sebab kami rancang untuk pergi sekeluarga akhir tahun ni.
“Selamat menunaikan umrah dan semoga dikurniakan umrah yang mabrur suamiku tercinta,” tulis Mawar di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu lagi, Mawar, bersama anak lelakinya menemani Raf sehingga ke pintu penerbangan.
Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan agar urusan ibadah Raf dipermudahkan dan giliran Mawar untuk menunaikan umrah termakbul.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan oleh pengikutnya.
Sekadar info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Rafael, 4, dan Rosabella, 2 tahun .
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 9 dan Raysaa, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.
Hiburan

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

gempak
04/08/2024
03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Diminta Jangan Asyik Bergambar Semasa Tunai Umrah, Ini Respons Eyka Farhana - “Kenapa Tak Boleh Nak Post Kalau Untuk Nak Tunjuk Yang…”

gempak
23/07/2024
11:55 MYT
Pelakon Eyka Farhana tidak setuju dengan pendapat segelintir pihak yang berasakan tindakan berkongsi foto dan video sepanjang menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak bersesuaian.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.