Mawar Rashid Selamat Bersalin, Cantiknya Nama Baby Girl
Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan anak keduanya semalam.
Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, pelakon Raf Yaakob menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Menurut Raf, kedua-dia ibu dan bayi perempuannya berada dalam keadaan sihat.
“Syukur Alhamdulillah. Baby girl kami telah pun selamat dilahirkan.
“Mommy okay, baby pun okay. Bersalin secara normal. Saya sunggub bangga dengan awak, @mawarashid,” tulisnya.
Dalam pada itu Mawar dan Raf juga turur mendedahkan pilihan nama yang indah untuk anak puterinya itu.
“2.1.21. Raden Seri Rossabella Cinta. Assalammualaikum semua. Syukur Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan semuanya,” coret Mawar.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.