Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

Mya Amri
25/07/2024 04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.

Terima kritikan dengan hati terbuka

Namun, Mawi atau nama sebanarnya Asmawi Ani tetap optimis memperjuangkan karyanya dan menerima semua kritikan netizen dengan berlapang dada.

“Okay sahaja tidak ada masalah sebab saya sendiri tahu kelemahan saya dalam pengarahan filem dan sebelum naskah ditayangkan, saya sudah kritik terlebih dahulu filem saya ini.

“Saya kritik untuk diri saya, kelemahan itu banyak lagi. Asalnya naskhah ini untuk televisyen (tv) jadi set up pun untuk tv, kalau dari awal untuk filem mungkin persediaan dan bajet juga akan lebih untuk membuat satu filem.

“Kritikan membina dan kritikan untuk menjatuhkan lain, itu dua benda yang berbeza. Kritikan membina saya akan terima dengan positif tetapi kalau kritikan dengan ego yang berniat untuk menjatuhkan atau merendahkan usaha orang lain, yang ini sangat tak bagus,” katanya kepada Gempak.

Mawi berkata demikian ketika ditemui di konti radio ZAYAN bertempat di Astro, Bukit Jalil selepas tamat mengendalikan segmen ZAYAN Pagi bersama Anas Tahir dan Faizal Ismail baru-baru ini.

Tak sangka ramai suka filem Zim Zim Ala Kazim

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai sambutan filemnya, Mawi berkata dia tidak menyangka Zim Zim Ala Kazim berjaya mengaut kutipan sebanyak itu.

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini, sebab pada asalnya saya buat cerita ini untuk siaran televisyen.

“Kemudian atas nasihat kawan-kawan, mereka kata cerita ini ada potensi untuk ditayangkan dipawagam, jadi saya ikut saranan mereka.

“Walaupun jauh disudut hati saya mengatakan ini bukan kualiti filem sebab bajetnya adalah untuk supertele.

“Saya tak sangka sambutannya begini, sangat bagus, kutipannya melebihi RM3 juta, bagi saya satu pencapaian yang memberangsangkan.

“Sampai saya terfikir apa yang saya sudah lakukan? Adakah ini yang orang kita mahukan dan saya melihat penonton pula kebanyakan adalah kanak-kanak dan sedikit berusia.

“Mungkin untuk penonton yang berusia ini mereka adalah followers ustaz Kazim. Kemungkinan juga selepas menonton, mereka bercerita tentang filem ini kepada orang lain.

“Mungkin mereka kongsikan yang cerita ini kelakar, best, menghiburkan dan tidak pening. Cerita ini simple ada mesej agama dan sebagainya, itu yang semakin ramai pegi ke panggung untuk memberikan sokongan kepada filem ini.

“Sejujurnya saya memang tak sangka dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."


ARTIKEL BERKAITAN:Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"


ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'

ARTIKEL BERKAITAN:"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

ARTIKEL BERKAITAN:Seolah-Olah Mati 15 Minit & Badan Berlumuran Darah, Mawi Reda KehendakNya - "Saya Tak Cakap Ini Sihir Atau Santau!"

Mula ditayangkan sejak 13 Jun lalu, filem ini diterajui Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut menampilkan Mawi sendiri, Bell Ngasri, Anas Tahir, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

Zim Zim Ala Kazim mengusahkan tentang pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terkena penyakit misteri akibat disihir.

#Filem #Mawi #Kritik #Asmawi Ani #Tak Sentap #Zim Zim Ala Lazim