Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mawi Terkenang Belajar Anyam Ketupat Bawang, Katak Dari Arwah Orang Tua - "Bila Mereka Dah Tiada, Lagi Mudah Saya Tersentuh ..."

Asyikin Mayudin
25/04/2023 08:50 MYT
Penyampai radio ZAYAN iaitu Mawi berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama adik-beradiknya memandangkan ibu bapanya sudah tiada.

Menurut Mawi, dia dan adik-beradiknya tetap meneruskan tradisi keluarga dengan menganyam ketupat seperti yang diajar oleh arwah orang tua mereka.

“Disebabkan kami adik beradik sudah tiada mak ayah, tahun ini saya akan terus pulang ke kampung untuk beraya bersama adik beradik.

“Setiap kali Raya memang kami akan berkumpul di rumah pusaka mak ayah sebab banyak kenangan. Tahun ini kami akan teruskan tradisi keluarga dengan menganyam ketupat.

“Memang ilmu diturunkan oleh mak ayah saya dan disambut dalam keadaan sederhana. Setiap kali raya, saya akan terkenang situasi ketika belajar buat ketupat.

“Sebab ayah saya pakar menganyam ketupat bawang dan mak saya pandai buat ketupat katak. Dua-dua ilmu yang saya mula belajar dari umur 9 tahun ni, membuatkan saya mudah tersentuh, lagi-lagi bila ketiadaan kedua orang tua di Hari Raya.

“Selain itu, waktu kecil saya sering ikut ayah pergi menjalankan marhaban dari rumah ke rumah sekitar kampung dan tradisi ni masih diteruskan di kampung saya,” kata Mawi kepada Gempak.

Dalam pada itu, Mawi bersyukur kerana dia dan isterinya iaitu Nora’ Asikin Rahmat tidak pernah mempunyai isu untuk beraya di mana dahulu memandangkan rumah keluarga mereka berdekatan.

“Kami memang tak pernah ada isu untuk beraya di mana dahulu, sebab rumah saya dan isteri saya tidak jauh, hanya lebih kurang 15 minit sahaja.

“Kebiasaanya, kalau di pagi raya, kami akan beraya di rumah saya, sebabnya malam raya kami memang dah berada di rumah keluarga isteri.

“Alhamdulillah, dapat isteri yang duduk berdekatan kampung saya. Tahun ini saya tak ambil cuti lama, raya ke 3 saya dah mula kembali bertugas di ZAYAN,” ujarnya.

#Mawi #Isteri Mawi #Mawi ketupat #Mawi raya
;