HIBURAN

Maxime Bouttier, Luna Maya Gaduh Kerana Telefon Bimbit

Maliah Surip 26/07/2025 | 20:56 MYT
Dua bulan selepas menikah, Maxime Bouttier mendedahkan telah bertengkar dengan isteri kesayangannya, Luna Maya.

Pertengkaran pertama itu berlaku selepas Maxime berasa Luna menghabiskan masa terlalu banyak dengan telefon.

Luna hanya ‘bermain’ telefon sehingga kurang memberi tumpuan kepadanya.

Menurut Maxime, sebagai pasangan dia mahu menghabiskan masa berkualiti dengan isterinya. Sementelah dia dan Luna mempunyai jadual kerja yang padat.

"Kamu yakin gak mau spend time sama aku?" ujar Maxime saat diminta menggambarkan pertengkaran mereka.

Pengakuan tersebut dibuat menerusi video pendek milik rakan mereka, Ayu Dewi, lapor Kompas.

Pelakon dan model yang berusia 10 tahun lebih muda daripada Luna itu kemudian memberitahu pertengkaran tersebut berakhir baik.

“Saya minta maaf,” ujar Maxime sambil ketawa.
#Kahwin #Indonesia #Luna Maya #Gaduh #Maxime Bouttier