Maya Karin Idam Lakon Watak Mahsuri Dalam Filem, Petik Nama Syamsul Yusof Sebagai Pengarah – “Saya Sudah Lama Teringin Nak Buat Mahsuri”
Izwan Isa
14/08/2022 05:50 MYT
14/08/2022 05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Maya Karin memberitahu yang dia mengidam untuk membawakan watak legenda Mahsuri, susulan kejayaan filem Mat Kilau baru-baru ini.
Maya berkata, watak ikonik itu sudah lama menjadi idaman, khususnya bagaimana ia mempunyai banyak lapisan dan menarik untuk dikupas.
“Jika ada produser yang sudi untuk mengangkat kisah Mahsuri ke layar lebar… atau pun saya sendiri yang akan terbitkan sendiri.
“Sebab saya sudah lama teringin nak buat Mahsuri. Kalaulah perancangan itu menjadi kenyataan, ia pasti akan menjadi satu hal yang hebat kerana kisah Mahsuri sangat menarik untuk kita filemkan.
“Banyak lapisan cerita, betul atau tidak termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Jika kisah Mahsuri difilemkan pada masa kini, memang akan jadi sangat menarik,” katanya kepada Gempak.
Maya juga dengan penuh yakin menamakan Syamsul Yusof sebagai pengarah yang dirasakan layak untuk menterjemahkan watak Mahsuri ke versi filem.
“Saya minta Syamsul buatlah. Dengan duit Mat Kilau, kita buat Mahsuri pula,” ujarnya dalam nada bergurau.
Kisah Mahsuri pernah diangkat ke layar lebar buat pertama kali pada 1959. Ia ditulis oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Filem kedua yang diangkat menjadi naskhah filem adalah Sumpahan Mahsuri yang diarahkan oleh Allahyarham Jamil Sulong pada 1989.