Berita
Maya Karin Setuju Cadangan Netizen Beri Bantuan Makanan Kepada Pelajar
Aktres jelita, Maya Karin bersetuju dengan cadangan netizen untuk memberi bantuan makanan kepada pelajar universiti.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Maya berkongsi foto paparan skrin menunjukkan cadangan yang diberi oleh pengikutnya itu.
Pada mulanya, netizen yang menggunakan nama @jajazolkepply itu mencadangkan perkara itu di entri terdahulu Maya yang berkongsi mengenai isu pembaziran makanan.
"Membazirnya, baiklah bagi dekat student di universiti, student juga perlu dibantu," tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Maya membalas komen tersebut.
"Agree 100%," tulisnya.
Di ruangan kapsyen pula, Maya mengatakan dia akan membawa cadangan itu ke pihak NGO serta kementerian.
"Baiklah, saya siarkan cadangan awak untuk umum dan saya akan get in touch dengan NGO dan kementerian," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan positif terhadap cadangan yang dikemukakan itu.
Sedikit info mengenai Maya, pelakon kelahiran Jerman ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video