Pelakon cantik Maya Karin mendedahkan dia berdepan kerisauan apabila sukar melelapkan mata kerana memikirkan harimau yang semakin diancam kepupusan.

Tambah Maya, dia juga ingin mencari formula terbaik untuk menyelamatkan hidupan liar daripada situasi yang membimbangkan itu.

"Sudah pukul 4.18 pagi. Saya tak boleh tidur sebab nak cari plan terbaik untuk menyelamatkan harimau kita daripada kepupusan," kongsinya menerusi media sosial baru-baru ini.

Kalau bukan kita siapa lagi?.. will keep u updated. #harimaumalaya

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on


Malah, Maya berjanji akan berkongsi langkah proaktifnya kepada orang ramai bagi mengatasi masalah terbabit.



"Ada lima tahun sebelum harimau kita pupus disebabkan pembalakan hutan dan pemburu haram.

"Kalau bukan kita siapa lagi. Akan berkongsi perkembangan selanjutkan nanti. #harimaumalaya," tambahnya.

Kebimbangan Maya itu mencetuskan sedikit sebanyak kesedaran dalam kalangan pengikutnya di media sosial yang mana turut mengagumi usahanya saban waktu.

Seperti ramai yang mengetahui, Maya antara aktivis yang sering memperjuangkan alam semula jadi dan haiwan yang terancam.