Mayat Dikelar Dan Mereput, Misteri Kehilangan Ketua Jururawat Serdang Terjawab

Azwa Rahman
Mei 16, 2019 08:59 MYT
Misteri kehilangan seorang ketua jururawat Hospital Serdang terjawab apabila ditemui mati selepas dilaporkan hilang pada 8 Mei yang lalu.
Mayat Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, ditemui dalam sebuah unit kondominium di Cyberjaya semalam, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.
Mayat ditemui pemilik unit kondominium berkenaan yang datang ke unit itu bersama dua pekerja penyelenggara untuk membaiki mesin basuh yang rosak, kira-kira jam 2.30 petang.
Memetik laporan Berita Harian, sumber mendakwa anggota polis yang menjalankan pemeriksaan kemudian menemui tubuhnya sudah mula mereput dengan kesan kelar dileher.
“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan fizikalnya yang sudah mula mereput.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat,” kata sumber lagi pada Berita Harian.
Menurut adiknya, Siti Khairani, 36, keluarganya tidak menyangka itulah perbualan terakhir kakaknya bersama suami serta anaknya pada hari sama dia dilaporkan hilang.
Siti Kharina merupakan ibu kepada sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun.
Dia kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang dekat sini bersama sebuah kereta Honda City pada pukul 4 petang hari kejadian.
Sumber: Berita Harian dan Kosmo
#Malaysia #Jenayah #Tragedi