Mayat Wanita Hilang Ditemui Dalam Perut Jerung
Gempak
10/10/2024 15:20 MYT
10/10/2024 15:20 MYT
Seorang nelayan berdepan detik mengerikan apabila menemui mayat seorang pelancong yang hilang bulan lalu di dalam perut seekor jerung yang ditangkap di Timor Timur, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Mayat itu dikenal pasti sebagai Colleen Monfore, 68, dari Dakota Selatan, Amerika Syarikat (AS).
Dia dibaham jerung selepas dihanyutkan arus deras ketika menyelam bersama rakan-rakannya di sekitar Pulau Reong pada 26 September lalu.
“Jerung ini ditangkap dalam keadaan tidak normal. Saya fikir ia telah menelan plastik atau pukat.
“Jerung ini kemudian dibelah untuk mengenal pasti punca masalah sebelum kami menemui mayat seorang wanita di dalam perutnya,” kata nelayan itu.
Menurut seorang pegawai di daerah Liquisa, mayat wanita itu memakai sut berwarna hitam.
Ketua Unit Pelaksanaan Teknikal Wilayah bagi Pengurusan Taman Laut Kepulauan Alor dan lautan sekitarnya (UPTD), Muhammad Saleh Goro berkata: “Kami berkerjasama dengan Kedutaan Besar Indonesia (KBRI) di Dili dan KBRI telah mengesahkan kebenaran maklumat ini.
“Mayat wanita ini ditemui di dalam perut ikan jerung di Timor Leste. Ia bukan di wilayah Indonesia.
“Kami sedang menyiasat kes ini dengan lebih lanjut untuk mengesahkan sama ada mayat ini ialah mangsa yang dilaporkan hilang di Indonesia,” tambah Muhammad. – AGENSI