Tidak terhenti isu penceraian antara penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah hangat diperkatakan, foto lama mereka kini menjadi tumpuan pengikut.

Menerusi akaun Instagram (IG) Bella, foto tersebut menjadi perhatian walaupun sudah dimuat naik sejak 15 Februari lalu.

Rata-rata netizen meninggalkan komen menyuruh Bella memadam foto itu memandangkan mereka bukan pasangan suami isteri lagi.


Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut yang mempertahankan tindakan Bella kerana menganggap itu adalah memori buat dirinya.


Aliff dan Bella sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang semalam.

BACA: “Maafkan Aliff Cuma Saya Rasa Keputusan Berpisah Jalan Terbaik” – Bella Astillah, Aliff Aziz Sah Bercerai

Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.

Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula.

BACA: Foto Panas Mirip Aliff Aziz Bercumbu Dengan Perempuan Lain Pula Tular?

Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi yang cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang dikenali sebagai Meri Meifina tampil menerusi siaran langsung di Facebook dan mendakwa ia adalah gambar lama.

Wishing My Soulmate, My Husband, My Everything @aliffaziz91 a very Happy Birthday! The love you show towards Ayden are the most precious gifts you give to me ?? 28 is gonna be a great year for you love, Happy Birthday sayang? . . (Sorry b, this year tak boleh celebrate sbb awak shooting? but we’ll make it up soon ya) . . #16022019

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on