Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TEMPATAN

Mazda3 generasi baharu, kereta segmen C paling cantik setakat ini di Malaysia

Erywan 17/07/2019 | 09:21 MYT

Akhirnya, kenderaan segmen C menerusi model Mazda3 dilancarkan secara rasmi bagi pasaran Malaysia dengan ditawarkan versi sedan dan liftback.

Selain dua versi itu, jentera berkenaan didatangkan dua pilihan enjin membabitkan 1.5 dan 2.0 liter yang mana ditawarkan dengan lima varian membabitkan 1.5L Liftback, 1.5L Sedan, 2.0L Sedan High, 2.0L Liftback High Plus dan 2.0L Sedan High Plus.

Bagi enjin 1.5 liter, ia menggunakan rangkaian kuasa SkyActiv-G yang menyalurkan 118hp dengan tork mencecah 153Nm. Enjin 2.0 liter SkyActiv-G pula menjana output 162hp dengan tork sehingga 213Nm.

Kedua-duanya dipacukan dengan roda hadapan yang mana kuasa daripada enjin disalurkan ke transmisi automatik enam kelajuan dengan manual Shift Mode.

Tahap penggunaan bahan apinya pula, bagi kedua-dua enjin mencatatkan antara 5.8 sehingga 6.3 liter bagi setiap 100 kilometer.

Dari segi penampilannya, jentera yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu masih menerapkan konsep Kodo seperti model sebelumnya, tetapi menjalani pembaharuan yang agak drastik sekali gus menjadikan ia kenderaan paling cantik dalam segmennya.

Kini lampu utama pada model itu lebih kecil dan langsing berbanding sebelumnya, ia memberi karakter yang berlainan. Ciri lampu itu juga boleh dilihat pada model-model baharu Mazda.

Bagi memberi pelbagai pilihan, ia ditawarkan dengan tujuh warna membabitkan Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver dan Snowflake White Pearl.

Bagi membezakan antara varian yang ditawarkan, kami perincikan ciri-cirinya membabitkan:

Varian Sedan:

Varian Sedan High:

Selain ciri di atas, ia ditambah lagi dengan ciri lain membabitkan:

Varian High Plus

Bagi varian tertinggi, ciri yang membezakannya adalah ciri teknologi terkini yang dipadankan pada model berkenaan. Ciri-ciri itu membabitkan:

Harga mengikut varian:

  1. Mazda3 1.5 liter Liftback-RM139,620
  2. Mazda3 1.5 liter Sedan-RM139,620
  3. Mazda3 2.0 liter Sedan High-RM150,059
  4. Mazda3 2.0 liter Sedan High Plus-RM160,059
  5. Mazda3 2.0 liter Liftback High Plus-RM160,059
#Mazda3