Laman Utama

MB Selangor Mohon Maaf, Gangguan Air Malam Krismas

Izwan Isa
25/12/2022
08:50 MYT
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf susulan gangguan air di 470 kawasan di negeri itu berlaku pada malam sebelum Krismas.
Amirudin berkata, perkara itu dikesali biarpun kemalangan berlaku di luar negeri Selangor, namun memberi kesan kepada rakyat negeri itu.
Beliau berkata, pihaknya telah berhubung dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta akan berusaha sedaya upaya memulihkan bekalan air secepat mungkin bagi kemudahan semua rakyat.
"Pada jam 2 pagi Sabtu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas manakala LRA Sungai Tampoi turut mengalami nasib sama pada jam 6 pagi akibat tumpahan pati minyak wangi di Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.
"Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan beberapa langkah serta-merta bagi menangani pencemaran.
"Ia termasuk meletakkan tiga oil boom dan satu kotak oil pad di sekeliling kawasan pencemaran bagi pencegahan awal selain meletakkan 12 beg karbon aktif bagi mengurangkan kesan pencemaran.
"Tindakan menyedut sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik LUAS dan juga bantuan dua lori tanker sedut milik pihak Indah Water Konsortium (IWK) turut dilakukan," ujarnya.
Tambah beliau, air dari Empangan Sungai Semenyih turut dilepaskan pada kadar 360 juta liter sehari (JLH) bagi tujuan meningkatkan kadar pencairan di sungai tersebut bagi mengurangkan kesan bau pencemaran.
Selain itu katanya, Air Selangor juga sedang menggerakkan 85 buah lori tangki air ke kawasan yang terkesan serta turut mengerakkan tangki statik bagi membantu meringankan beban pengguna.
Pada Sabtu, Air Selangor memaklumkan 470 kawasan di lima daerah iaitu sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi semalam.
Gangguan air itu susulan henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Sumber: Sinar Harian
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bekalan Air Bersih Tiada, Penduduk Guna Air Banjir Untuk Keperluan Harian

gempak
25/12/2022
23:57 MYT
Kesiannya...
Laman Utama

[VIDEO] MB Selangor Bawa Masalah LRT Ke EXCO, Rakyat Berterima Kasih; “Terbaik, Semoga Dipermudahkan”

gempak
09/11/2022
10:00 MYT
MB Selangor Bawa Isu LRT ke EXCO
Laman Utama

Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim Meninggal Dunia, Bakal Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam

gempak
01/08/2022
00:10 MYT
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim Bakal Disemadikan Di Makam Diraja Shah Alam
Laman Utama

“Nak Tadah Air Pastikan Bertutup”- 4 Hari Kena Gangguan Air, Aishah Minta Bersabar

gempak
13/10/2021
05:50 MYT
Banyak juga tips berguna Aishah ni
Laman Utama

Bekalan Air Dah Mula Terganggu, 'Selangor' Trending Di Twitter Pagi Ini!

gempak
13/10/2021
03:40 MYT
Seperti diketahui umum, sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.