Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

McDonald’s Nafi Dakwaan Pelanggan Burger Makin Mengecut

Gempak
20/08/2022 02:11 MYT
Rangkaian restoran makanan segera McDonald’s di Australia menafikan bahawa saiz burgernya telah mengecil seperti didakwa oleh segelintir pelanggan, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Penafian dibuat selepas satu kumpulan penggemar hidangan Mcdonald’s, McFans memulakan teori konspirasi di laman Facebook bahawa hidangan tersebut berubah menjadi hidangan saiz kanak-kanak.

Kumpulan tersebut menyiarkan penemuan mereka yang mendakwa bahawa burger seperti sandwic Fillet-O-Fish dan McChicken telah ‘mengecut’.

““Adakah Mc Donald Filet-O-Fish sentiasa sekecil ini? Saya tidak ingat ia adalah bersaiz mini yang sesuai untuk hidangan kanak-kanak seperti ini?,”tulis seorang pelanggan yang marah.

“Harga melambung, produk semakin mengecil,” komen seorang lagi.

Bagaimanapun, Mcdonald’s menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut yang dianggap dakwaan palsu.

“Tiada perubahan pada saiz burger.

“Kami komited untuk menawarkan pelanggan kami kualiti terbaik, burger enak yang menampilkan 100 peratus ayam dan daging lembu Australia,” kata seorang jurucakap McDonald’s.


Sumber: Kosmo Online

#Australia #Burger McD makin kecil #Burger McDonald's
;