Hiburan

"Me Mimpi Me Pregnant" - Umie Aida

gempak
Amri Hassan
15/02/2018
05:47 MYT
Sponsor Banner
"Me Mimpi Me Pregnant" - Umie Aida
Biarpun sekadar mimpi, pelakon Datin Paduka Umie Aida berkongsi perasaan gembira dianugerahkan nikmat berbadan dua.
Kata Umie, menerusi mimpi terbabit dia berpeluang untuk hamil beberapa bulan.
"Semalam me (saya) mimpi me (saya) pregnant, rasanya tiga empat bulan.
"Dalam mimpi itu saya boleh merasakan nikmatnya ada baby dalam perut, satu perasaan yang sukar dijelaskan.
"Bila saya bangun tidur saya tersenyum seorang diri.
"Moral of the story, dapat rasa nikmat mengandung dalam mimpi pun saya bersyukur," tulisnya di Instagram.
Perkongsian perasaan itu menyentuh hati netizen yang mendoakan pelakon filem Embun itu dikurniakan zuriat.
"Semoga mimpi anda menjadi kenyataan. Amin," doa @mielasadie.
"Tanda-tanda nak mengandung tu. Mudah-mudahan," tambah @im_ameena88.
Umie berkahwin dengan usahawan terkenal Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Umie pernah mengambil dua orang anak angkat lelaki, Daniel Firdaus, 25, dan Mohd Dzulhelmy, 24.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @umieaida9
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live