Pengulas filem, Zhaf Vlog mengakui sedikit terkilan apabila beberapa slot tayangan filem animasi Mechamato Movie di pawagam terpaksa dipotong untuk memberi laluan kepada filem luar.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Zhaf berkata dirinya hanya mampu mengingatkan orang untuk keluar menonton filem arahan Nizam Abd Razak itu di seluruh pawagam bersama ahli keluarga.

Malah, jelas Zhaf tidak salah untuk menonton untuk kali yang kedua dan ketiga memandangkan filem tersebut sememangnya berkualiti.

“Walaupun Mechamato berjaya kutip 10 juta dalam masa 6 hari, kini mereka diancam dengan keluarnya filem luar.

“Showtime Mechamato Movie telah dipotong sehingga hampir separuh sedangkan beberapa filem luar telah memenuhi showtime bermula hari ini.

“Tapi Zhaf hanya mampu untuk sarankan kepada semua keluarga untuk bawak anak-anak cucu cicit, sedara mara, anak buah untuk penuhkan showtime Mechamato di pawagam berdekatan anda.

“Jom tengok untuk kali kedua ketiga, memang sangat-sangat best filem Mechamato ni,” katanya.

Zhaf berkongsi perkara tersebut menerusi satu ciapan di laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Dalam masa sama, Zhaf turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada team produksi Mechamato kerana berjaya menghiburkan orang ramai menerusi filem tersebut.

“To team Monsta, terima kasih kerana sudi menceriakan kami di dalam panggung wayang, lnsyaAllah kalau tak menang di panggung sekalipun, tetap menang di hati penonton anda,” tambahnya.

Sementara itu, biarpun menerima saingan dengan beberapa filem luar, Mechamato Movie masih menjadi pilihan utama penonton yang hadir ke pawagam.

Menerusi beberapa perkongsian wargamaya di laman Twitter, mereka jelas berpuas hati dan terhibur menonton Mechamato Movie.

“Korang kalau nak pergi tengok Mechamato saya sarankan beli tiket online siap-siap. Takut asyik habis je kalau walk in kecewa nanti. Cuti sekolah ni ramai! Sebab best, semua orang nak layan,” kongsi seorang netizen.

“Siapa tak tengok Mechamato Movie ni memang rugi, seolah dalam hidup korang ada ruang kecil tidak terisi. Cewah. Best dowh,” ujar seorang wargamaya.

“Aku bawak anak-anak, last-last aku yang tengok. Tapi mechamato tu mmg gempak! 10/10 aku bagi. Korang nengok lah!” kongsi seorang warganet.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)