gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Irma Hasmie Berangan Naik Pelamin Lagi, Peminat Doa: “Insya-Allah Tak Lama Lagi Tu”
HIBURAN
Raja Ema, Anak-Anak Maafkan Arwah Sheqal - “Seikhlas Hati Menghalalkan & Memaafkan Semuanya”
VIRAL
Dahlia Rizal Tahu Tentang Kewajipan Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat Di Usia 15 Tahun - “Saya Sedih Sebab…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

SUKAN

Media Vietnam Puji Harimau Malaya Guna Pemain Warisan, Seru Persekutuan Guna Langkah Sama

gempak
Gempak
17/06/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Media Vietnam Puji Harimau Malaya Guna Pemain Warisan, Seru Persekutuan Guna Langkah Sama
Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia.
Harus semat budaya bermain untuk negara dan menyumbang menerusi kerakyatan yang diberikan.
Sebuah media Vietnam bersikap rasional apabila menganggap memanggil pemain warisan menyarung jersi kebangsaan sebagai satu langkah yang tepat dan patut dicontohi. Satu pandangan yang wajar diambil peduli.
Dia yang dikenali selaku Anh Duc itu ingin membetulkan stigma penyokong negaranya yang menuduh Malaysia menggunakan kekuatan Amerika Selatan dan bukan pengkhususan terhadap bakat tempatan.
Anh Duc merasakan itu adalah pendapat yang salah, sambil menegaskan pemain warisan seperti Jon Irazabal, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Joao Figueiredo layak mewakili Harimau Malaya ekoran memiliki pertalian darah menerusi keluarga masing-masing.
"Pemain-pemain ini, walaupun tidak dilahirkan di Malaysia tetap mempunyai hubungan kekeluargaan dengan negara itu melalui datuk dan nenek mereka, yang menjadikan mereka layak bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertungkus-lumus untuk meninjau dan merekrut pemain-pemain warisan ini dari seluruh dunia, dan memperluaskan rangkaian itu dengan lebih jauh lagi untuk persediaan menghadapi kempen Piala Asia dan Piala Dunia seterusnya," katanya.
Dalam masa sama, Anh Duc juga menyeru Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) melakukan inisiatif yang sama jika mahu meletakkan Vietnam di landasan terbaik dunia.
Menurut kenyataan yang pernah dibuat bekas ketua jurulatih, Philippe Troussier, Vietnam memerlukan kekuatan daripada tonggak atau bintang yang beraksi di luar negara (warisan) untuk membentuk pasukan hebat.
Bagi negara yang tidak mempunyai sistem bola sepak yang dibangunkan dengan betul, tetapi masih ingin mencari kejayaan, cara terpantas ialah mencari pemain warisan yang telah dibentuk dengan mentaliti bola sepak, dan memujuk mereka untuk bermain untuk pasukan kebangsaan.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Sukan
#.
#Malaysia
#Vietnam
#Bola Sepak
#Harimau Malaya
#Pemain Warisan
Must-Watch Video