,
Suudu

Mee Calong, Resepi Tradisi Rakyat Terengganu

Badrul Hashim
19/04/2018
04:11 MYT
Mungkin tak ramai di luar Terengganu yang tahu tentang kewujudan Mee Calong. Kalau di kampung, cara masakan ini dipanggil 'tumis air' atau 'tumis putih'.
Bebola ikan yang sedap menggunakan ikan tenggiri, ikan selayang (sardin) atau ikan parang. Mee Calong selalunya menggunakan mee kuning, tetapi jika anda suka, anda boleh juga menggunakan bihun ataupun kuey teow.
Selain daripada itu Mee Calong menggunakan sayur sawi, tetapi apa juga sayur kegemaran anda boleh digunakan seperti kobis, salad dan lain-lain.
Ini cara mudah untuk membuat Mee Calong.Bahan-Bahan.
Bahan-bahan:
1/2 paket mee kuning
1 keping ikan tenggiri - diambil isi dan dikisar
1 sudu kecil tepung jagung/ubi
1 genggam salad butterhead (boleh gunakan sawi)
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 mangkuk air
garam secukup rasaBahan-bahan yang ditumbuk.
Bahan ditumbuk lumat:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2cm hali muda
Cara-caranya:Gaulkan bahan-bahan untuk bebola ikan.
Isi ikan tenggiri yang sudah dikisar dicampurkan dengan sesudu kecil tepung jagung atau tepung ubi kayu. Campurkan setengah sudu kecil bahan yang ditumbuk lumat, garam secukup rasa dan sedikit lada hitam.Bulatkan ikut citarasa.
Bulatkan bebola ikan tenggiri sebesar guli atau mengikut saiz yang anda suka. Cuma jangan terlalu besar.Tumis bahan yang ditumbuk.
Panaskan kuali dan masukkan satu sudu besar minyak. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi.Air, garam dan lada hitam.
Apabila bahan sudah bangkit aromanya, boleh masukkan semangkuk air, garam secukup rasa serta lada hitam. Biarkan bahan-bahan tersebut mendidih.Masukkan bebola ikan, tunggu ia timbul.
Sebaik sahaja sup itu mendidih, masukkan bebola ikan tenggiri. Biarkan seketika sehingga bebola ikan timbul di permukaan menandakan ianya sudah masak. Anda boleh baiki rasa ketika ini, sama ada untuk menambah garam atau tidak.Masukkan sayur.
Kalau anda menggunakan salad butterhead seperti saya, ianya tidak memerlukan masa yang lama. Sebaik sahaja Bebola ikan masak, masukkan sayur dan biarkan seketika sebelum padamkan api.Celur mee kuning berasingan.
Kemudian di dalam periuk lain, panaskan air dan celur mee kuning secara berasingan. Ini untuk memastikan mee kuning tidak terlalu kembang dan pada masa yang sama juga kita bersihkan mee kuning tersebut.Siap dihidangkan.
Mee Calong sudah siap untuk disediakan. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk dan kemudian tuangkan sup bersama bebola ikan tenggiri dan sayur. Anda juga boleh hidangkan Mee Calong bersama kicap dan cili atau sambal belacan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
drebar

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

gempak
05/02/2021
05:25 MYT
Dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu sebanyak 10 kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT
Unitar