HIBURAN

Meerqeen, ALPHA, Hael Husaini, Glenn Yong Hangatkan Pavilion KL Hujung Minggu Ini Sempena Astro Hello Inilah Kita: Sehati Bersama!

Amri Hassan 21/08/2025 | 09:34 MYT
Aura glamor dan semangat kemerdekaan bakal berpadu dalam satu perayaan penuh gaya apabila Astro Hello Inilah Kita: Sehati Bersama kembali menghangatkan Pavilion Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos ini, bermula jam 5 petang.

Acara ini meneruskan momentum selepas kejayaan edisi pertama yang berlangsung pada 7 Ogos lalu.

Sebagai sebuah acara anjuran Astro yang dinanti-nantikan, Sehati Bersama bukan sekadar sambutan bulan kemerdekaan.

Ia adalah pentas ekspresi seni, gaya hidup dan perpaduan merentasi sempadan budaya.

Barisan selebriti popular bakal memeriahkan acara, antaranya Meerqeen, Ben Amir, Nas-T, Glenn Yong, Noryn Aziz, Alpha, Wani Kayrie, Niki Palikat, Arabella, Arena Wan, Uriah, C Kumaresan & Kritigah, Lokyi, Ali dan ramai lagi.

Pavilion KL akan bertukar menjadi pentas seni terbuka yang menyatukan fesyen, hiburan dan semangat Merdeka.
Persembahan penuh gaya dijangka menjadi pernyataan identiti, manakala sesi interaksi bersama peminat serta pelbagai aktiviti interaktif akan menambah meriah suasana.

Kempen tahunan Inilah KITA diteruskan dengan tema Sehati Bersama sebagai simbol solidariti dalam kepelbagaian. Ia mengangkat nilai kebersamaan rakyat Malaysia yang hidup harmoni meskipun berbeza budaya, bahasa dan kepercayaan. Seni, budaya dan hiburan menjadi jambatan yang menyatukan semua lapisan masyarakat.

Pengunjung digalakkan hadir dengan busana tradisional seperti kebaya dan Baju Kebangsaan sebagai tanda penghormatan kepada warisan budaya.

Acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga pernyataan bahawa Inilah Kita suara rakyat Malaysia yang bangga dengan identiti serta perpaduan.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Pavilion KL bakal menjadi lokasi di mana sambutan Merdeka diraikan dengan penuh gaya dan semangat.

👉 Maklumat lanjut di: https://promotions.astro.com.my/details/InilahKITA
#Astro #Merdeka #Kempen #Pavilion KL