Meerqeen Beli G-Wagon? Peminat Ucap Tahniah Dan Ramai Yang Tumpang Happy!

Izwan Isa
November 12, 2023 01:50 MYT
Pelakon Meerqeen meraih tumpuan peminat apabila memuat naik sekeping gambarnya bersama sebuah kenderaan mewah jenis Mercedes di platform X semalam.

BERITA TRENDING: Meerqeen, Ameera Khan Jalan-Jalan Bersama Di Paris! Ada Apa-Apa Ker Tu?

Menerusi bentuk dan warna, kenderaan tersebut merupakan Mercedes model G-Class atau lebih dikenali dengan nama G-Wagon.
Pada ruangan kapsyen, Meerqeen menulis: “Silent steps, powerful impact. Alhamdulillah ya Allah,” tulisnya.
Meninjau perkongsian di Instagram Story, Meerqeen turut memuat naik gambar kunci kereta dan videonya memandu kenderaan tersebut.

BERITA TRENDING: "Ramai Orang Ingat Baby Dengan Meerqeen Bercinta, Padahal ..." - Ameera Khan

“Alhamdulillah ya Allah, another achievement unlocked,” tulisnya lagi.

Silent steps, powerful impact. Alhamdulillah ya Allah. pic.twitter.com/6IGPzt5Feg

— Meerqeen (@meltqeen) November 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai dalam kalangan peminat di platform X menghantarkan ucapan tahniah kepada Meerqeen. Tidak kurang ada juga yang menzahirkan rasa gembira ke atas pencapaian pelakon muda itu.
Sebelum ini, Meerqeen turut meraih perhatian peminat apabila berjaya membeli kenderaan jenis Triton pada usia 22 tahun.
#Kereta #Meerqeen