gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Sentiasa Ada Di Sisi, Syed Saddiq Terhutang Budi Dengan Bella Astillah - “Minta Maaf La Saya Tak Bawa Dia…”
VIRAL
"Saya Minta Maaf Buat Ramai Tak Selesa" - Kieda Crepe Ambil Tempoh Bertenang, Rehat Dari Media Sosial
HIBURAN
Cakra Khan Suka Borong Mi Segera Perisa Kari Setiap Kali Ke KL, Love Mi Goreng Mamak Juga - “Berkotak-Kotak Bawa Pulang…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

Mya Amri
Mya Amri
05/09/2024
09:37 MYT
Sponsor Banner
Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”
Pelakon Meerqeen menjawab dakwaan bercuti bersama personaliti media sosial, Ameeera Khan di Bali, Indonesia baru-baru ini.

Hanya kebetulan

Menjelaskan salah faham tersebut, Meerqeen, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata pada ketika itu dia sedang berada di set penggambaran drama terbaharunya iaitu Uncle Boss Mama dan secara kebetulan pihak produksi menggunakan ‘props’ seperti di Bali.
“Ini sangat kelakar, saya tak pernah cerita pun dengan orang tentang ini. Saya ada penggambaran ketika itu. Set yang disediakan oleh produksi drama seakan-akan di Bali.

“Jadi apa salahnya, jika saya muat naik gambar ketika di set penggambaran tersebut. Tiba-tiba Ameera pun memuat naik juga gambarnya di Bali. Tetapi saya tidak tahu keberadaannya di sana.“Saya kongsikan gambar tersebut sebab pihak produksi buat set itu sama seperti Bali. Tak ada kena mengena dengan Ameera,” katanya ketika ditemui Gempak.

Meerqeen berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama pelakon Uncle Bos Mama bertempat di Astro, Bukit Jalil.

Perlu jelaskan demi jaga nama baik Ameera

Jelas Meerqeen lagi, dia sama sekali tidak ada sebarang niat untuk mencetuskan kontroversi namun perlu tampil menjelaskannya untuk menjaga nama baik Ameera.

“Saya tak ada niat untuk cetuskan spekulasi tapi bila orang kaitkan dengan saya, saya terkejut.“Apa yang saya buat semuanya menjadi buah mulut orang. Saya tak kisah apa pun yang orang cakap, tapi saya perlu jelaskan demi menghormati Ameera.

Status hubungan dengan Ameera

Dalam pada itu, Meerqeen memaklumkan bahawa dia dan adik kepada pelakon dan usahawan, Neelofa itu tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa malah mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Saya dengan dia hanya berkawan, saya kenal dia dari saya mula masuk industri lagi. Kami pernah menjalani sesi fotografi bersama. “Selepas itu kami baru mula berkawan namun perhubungan kami tidak lebih daripada itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, kata Meerqeen selepas ini dia akan berhati-hati dengan setiap perkara yang dilakukan.

“Semua perkara yang saya buat, saya harus ambil langkah berjaga-jaga. Ada yang perlu dibuat, ada yang tidak.“Orang boleh bercakap apa yang mereka mahu bercakap,” ujarnya

Pada Julai lalu, timbul spekulasi Meerqeen dan Ameera bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia berikutan terlihat pantulan wajah Meerqeen pada pisau dalam sebuah foto dimuat naik wanita itu.
Ameera bagaimanapun menjelaskan dia ke Bali berempat iaitu bersama sepupunya, Aisha dan penggawal peribadi serta pemandu.
Ameera juga memberitahu dia sudah memiliki teman lelaki yang kini berada di London.
Ini bukanlah kali mereka dikaitkan, tahun lalu mereka juga pernah dikatakan bercinta apabila dilihat menghadiri acara pertunjukkan fesyen di Paris dan saling memuat naik foto di akaun instagram masing-masing.
Topic Berkaitan
#Ameera Khan
#Bali
#Cuti
#Meerqeen
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement