Meet & Greet Teme Di PBAKL2024 Undang Lautan Peminat, Siap Trending Di Platform X!
Gempak
02/06/2024 05:55 MYT
02/06/2024 05:55 MYT
Teme Abdullah merupakan salah satu figura popular dalam bidang penulisan. Selain buku-buku tulisannya yang diminati, jejaka ini juga meraih perhatian ramai disebabkan wajah dan identiti sebenarnya masih belum didedahkan kepada khalayak.
Justeru, tidak hairan jika ratusan peminat membanjiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur bagi bertemu dengan penulis kegemaran mereka secara empat mata.
Sering kali memuat naik wajah yang disunting, kali ini, Teme hadir ke meet & greet yang diadakan di PBAKL2024 mengenakan sut verona hitam, lengkap dengan pelitup muka berona sama.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Teme juga melengkapkan gaya pada pertemuan tersebut dengan kaca mata gelap.
Meninjau perkongsian peminat di platform X, rata-rata berasa teruja dapat bertemu dengan Teme, apatah lagi berbual secara dekat dengannya.
Justeru, tidak hairan jika acara bertemu peminat yang diadakan oleh Teme itu telah mencetuskan perbualan hangat di Internet, sehingga trending di tempat pertama di platform X.
Terdahulu, Teme pernah mengadakan sesi bertemu peminat pada 2018.
Sebelum bergelar penulis buku, Teme dikenali sebagai Pelukis Jalanan yang melukis bangunan-bangunan di kota tempat pengajiannya iaitu London.
Dari situ, Teme terilham untuk menulis sebuah buku yang berpandukan pengalamannya sendiri selama bergelar mahasiswa di United Kingdom yang berjudul Pelukis Jalanan.
Menceritakan tentang seorang mahasiswa Malaysia yang menampung kos pengajiannya sendiri di London dengan menjadi seorang pelukis.
Sumber: Platform X, Teme Abdullah