Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Meeting Hotel 8 Star Dalam Laut Arab Saudi”- ‘Papa’ Buat Hal Di TikTok, Netizen Doakan Projek Megah Holdings…

Hanafis Haris
07/10/2021 09:00 MYT
Pelakon Mustapha Kamal berjaya mencuri tumpuan ribuan pengguna media sosial apabila memuat naik sebuah video ala ‘parodi’ di akaun TikTok miliknya, kelmarin.

Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Mustapha melakonkan semula watak ‘papa’ yang terkenal sebagai CEO berjaya di syarikat Megah Holdings.

Watak berkenaan sangat sinonim dengan pelakon senior itu, malah cukup popular dalam kalangan pengguna media sosial.

“Hari ni papa ada meeting putera Arab Saudi. Meeting fasal nak buat hotel 8 star di Arab Saudi.

“Hotel dalam laut, doakan papa berjaya. Projek Megah Holdings,” kata Mustapha dalam video tersebut.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terhibur dan teruja dengan ‘lakonan’ yang cukup menyakinkan itu.

Kebanyakan peminat juga seakan merindui penampilan Mustapha dengan karakter sebegitu.

“Content macam ni la kami nak, memberi impak dan menghiburkan”.

“Dia faham assignment dia, watak dia cukup powerful, rindu pula papa”.

“Keliru kami tengok TikTok ke drama ni? Kami doakan projek papa dan Megah Holdings berjaya”.

“Weh rindu nak tengok papa labur duit berjuta-juta,” tulis beberapa netizen.

Sehingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak 794,000 kali.

Menerusi pemantauan Gempak juga, akaun Mustapha kini sudah mempunyai 82,000 pengikut sejak mula didaftarkan sekitar Ogos lalu.

undefined
#Mustapha Kamal #Papa #MegahHoldings
;