Laman Utama
Meganya! Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Memang Next Level - "Harga Rahmah, Experience Mewah"
Melabuhkan tirai dengan penuh bergaya, konsert Malam Bulan Bintang di Axiata Arena hujung minggu lalu masih menjadi buah mulut netizen di media sosial.
Mana tidaknya, selain 'berperang' dengan konsert Blackpink World Tour di stadium sebelah, Malam Bulan Bintang juga mencipta dimensi baharu dalam penganjuran acara berskala besar di Malaysia.
"Siapa pernah buat konsert sampai lima jam? Bulan Bintang punya konsert boleh buat kebas bontot. Another level!
.#malambulanbintang tiptop.
Sound, lighting semua onz! Rasa berbaloi mai konsert bulan bintang. pic.twitter.com/pOGmzQPIL2— Bbie (BB) (@twtbiy) March 4, 2023
"Sound, lighting, semua ons. Rasa berbaloi datang Konsert Malam Bulan Bintang!" demikian kata-kata netizen di laman Twitter mengenai Konsert Malam Bulan Bintang yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Tular juga di laman sosial, susur masa Twitter dan TikTok dibanjiri dengan sedutan persembahan sekitar konsert anjuran jenama fesyen Bulan Bintang yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
@musimkita_ Memang berbaloi pergi semalam ?#Musimkita #Bulanbintang #musimkitaxbulanbintang #malambulanbintang #konsertmalambulanbintang #opick ♬ original sound - Musim Kita
@bajerlahhhhhhhhhh Konsert Malam bulan bintang dato sri siti nurhaliza #malambulanbintang #fypシ #fyp ♬ bunyi asal - Baj_nnnnn
Selain persembahan memukau barisan penyanyi tempatan dan antarabangsa seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Faizal Tahir, Opick, Sabyan, Alif Satar & The Locos, Raihan dan Salammusik, pentas 360 darjah turut mendapat perhatian ramai.@bulanbintangcyberjayaa Konsert bulan bintang #bulanbintangcyberjaya ♬ Inilah JalanNya - Masdo
Penonton yang hadir juga memuji elemen kerohanian seperti alunan selawat serta tazkirah ringkas yang disampaikan oleh pengacara Amin Idris dalam konsert terbabit.
Harga rahmah, experience mewah!
Menurut Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, dia berpuas hati kerana dapat menampilkan persembahan, penataan bunyi bersama pentas 360 darjah.
“Ada org kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam ‘harga rahmah, experience mewah. ?
“Betul kot. Ni memang cerita buat konsert untuk kepuasan sendiri, bukan buat duit punya event. Harap semua yang datang happy!
“Puas hati dapat buat stage and sound ikut spec sendiri!! 360 degrees stage,” tulisnya di laman Twitter.
Tambah Azzim, dia mewakili generasi muda dan komited untuk melakukan yang terbaik dari segenap aspek.
“Aku paling risau bila ramai yang jumpa aku semalam cakap @malambulanbintang ni best sangat, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun hadapan. Hahaha. Risau diorg ni lupa je @bulanbintanghq ni company jual baju Melayu. Hahaha.
“Malam Bulan Bintang ialah event kedua (selepas @bbtakesthesky) yang memberi signal Bulan Bintang merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang fresh, yang tak pernah orang buat, yang tahu keinginan anak muda yang lain.
“Jika dipandang secara menyeluruh, 2 event ni merupakan satu simbol yg membawa maksud kami komited untuk put everything that we have just to be the best dalam setiap benda yang kami buat, bukan terhad kepada hanya event tetapi juga kualiti barangan, sales service dan user experience,” tulisnya di Instagram.
Tak gentar lawan Blackpink
Terdahulu, Azzim tidak gentar merealisasikan Konsert Malam Bulan Bintang meskipun berlaku pertembungan tarikh dan lokasi konsert dengan kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil.“Kami menerima banyak reaksi daripada peminat Bulan Bintang, penyanyi yang membuat persembahan dan peminat Blackpink ketika kami mengumumkan tarikh dan lokasi konsert yang jatuh pada hari serta tempat yang sama.
“Mereka sudah melakukan perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk memastikan perjalanan konsert mega yang menampilkan lapan artis terkenal tanah air termasuk antarabangsa itu berjalan lancar dan terkawal,” katanya.
Must-Watch Video