Di sebalik kontroversi tuntutan hadhanah yang dibuat bapanya, Mohd. Amin Yasin, 42, terhadap ibunya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali Datuk Seri Vida, anak kepada pengasas kosmetik itu, Cik B sekali lagi mencuri perhatian netizen.

Bukan kerana masalah yang melanda, tetapi Cik B mencuri tumpuan netizen menerusi foto Outfit of the Day (OOTD) yang dimuat naik di media sosialnya.

Mana tidaknya, nilai pakaian dan aksesori yang digayakan Cik B kali ini mencecah RM118,460 jika dihitung secara keseluruhannya.

Dalam OOTD tersebut, Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, mengenakan aksesori dari pereka ternama antarabangsa.

Cik B memadankan tas tangan Louis Vuitton Turner berharga RM13,000 bersama kasut Nike Air Jordan 1 Biohack (RM1,300) dan TNTCO Bucket Hat (RM160).

Melengkapi gaya bersahaja itu, Cik B memperagakan seutas jam tangan Omega Planet Ocean Diamond Bezel bernilai RM85,000, cincin Gucci Gato RM5,500 dan sebentuk cincin emas bernilai RM13,500.



Netizen yang tergamam dengan pendedahan nilai barangan OOTD Cik B itu pada masa sama berseloroh menawarkan diri untuk bekerja dengannya.

"Boleh bayar separuh duit rumah. Cik B ada kerja kosong?" soal pemilik akaun @shaqkidohun.

Tambah pemilik akaun @fariiisha pula, dia menawarkan diri untuk menjadi pembantu peribadinya sekiranya perlu.

"Cik B nak tambah seorang bibik tak? Guard ke? Tolong jaga kucing yang selalu datang tu ke? Jaga Kacak ke?" soalnya.

Sementara itu, tambah @fatinfarhah__; Cik B perlukan orang untuk tolong Cik B tak? Tolong bukakan pintu, tolong bawa barang shopping, jadi body guard, saya boleh Cik B, jadi kucing Cik B pun saya sanggup."

Tidak lupa juga ada yang meminta Cik B untuk membuat jualan preloved barangan miliknya suatu masa nanti.

Apapun, ukur baju di badan sendiri. Kalau mampu nak pakai barang sama mahal sebiji kereta untuk OOTD pun apa salahnya?