HIBURAN
Meganya! Rabbani Muncul Dengan Konsert Intifada Rabbani September Depan
Penganjur konsert terkemuka, Universe Gateway mengumumkan bakal mengadakan konsert mega buat julung kalinya untuk kumpulan nasyid lagenda, Rabbani.
Konsert Intifada
Konsert ini bakal melakar sejarah apabila Rabbani akan muncul dengan persembahan solo terbesar mereka dalam Konsert Intifada Rabbani selepas hampir tiga dekad dalam industri seni muzik.
Anggota kumpulan Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz, Asri Ubaidullah, Zulkiflee Azman, Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen, Mohamad Afandi Shahbudin dan Ahmad Shafie.
Selain paduan suara merdu mereka yang akan mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Intifada dan Pergi Tak Kembali, konsert itu juga akan menampilkan penyanyi jemputan kumpulan nasyid Brothers, Yabang dan Aeydan.
Dijadualkan pada 20 September 2025 hadapan, bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor, konsert ini akan berlangsung bermula jam 8:30 malam.
Tiket akan mula dijual pada 31 Julai ini di platform Ticket2u dan Fantopia.io.
Must-Watch Video