Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#MEGASPONTAN2023 : Persaingan Sengit Dua Kerajaan! Takhta Juara Akhirnya Milik Manjakelat, Bawa Pulang RM200,000

Asyikin Mayudin
07/07/2023 15:21 MYT
Kerajaan Manjakelat yang dianggotai oleh Joey, Adlin, Sanjana, Mamat dan Oky dinobatkan sebagai juara Mega Spontan 2023 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200,000.

Ahli kerajaan Srivijanda Aya, Ropie, Mamak Puteh, Fadhli Masoot dan Apit sudah melakukan yang terbaik dan menduduki tempat kedua.

Manakala Man Of The Match dimenangi oleh ahli kerajaan Manjakelat iaitu Joey Daud dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Terdahulu, Langkahtaksuka menjadi kerajaan pertama yang tersingkir pada minggu keempat manakala Campaktakjauh gagal meneruskan perjuangan pada minggu semi final.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

BACA: #MEGASPONTAN2023: Menang Buat Kali Pertama, Majakelat Akhirnya ‘Benamkan’ Kejohanan Berturut-Turut Srivijanda

BACA: Srivijanda Rampas Takhta Juara Minggu Semi Final, Campaktakjauh Akur Tersingkir - “Sebenarnya Saya Dah Jangka Akan Tersingkir Dari…”


Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.
#Juara #Mega Spontan 2023 #Mega Spontan #Manjakelat