Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Meghan Markle Dedah Keguguran Anak Kedua

Maliah Surip 26/11/2020 | 00:35 MYT
Meghan Markle memberitahu khabar duka apabila mengumumkan dirinya mengalami keguguran pada pertengahan tahun ini atau lebih tepat Julai 2020.
Khabar yang sangat membuat dirinya dan suami, Putera Harry terpukul itu dikongsikan Markle dalam tulisannya di kolum The New York Times.
Menceritakan detik awal dirinya mengalami keguguran, mantan pelakon drama bersiri Suits itu mengatakan ia terjadi sewaktu dirinya sedang menukar lampin anak sulung mereka, Archie Harrison Mountbatten-Windsor.
"Saya tiba tiba merasa dan mengalami ketegangan pada bahagian perut sewaktu mahu menukar lampin Archie.
"Kami terjatuh dengan saya masih mendukung Archie sambil menenangkannya. Dan saat itu saya tahu memang ada sesuatu yang tidak kena.
"Saat itu saya juga tahu bahawa anak pertama kami selamat, tapi telah kehilangan anak kedua," tulis Markle seperti yang diambil dari CNN.
Markle kemudian melanjutkan betapa pilu hatinya dan suami sebaik mengetahui mimpi ngeri kehilangan anak yang dikandungnya.
"Saya terbaring di katil hospital sambil suami memegang dan mencium tangan saya. Kami sangat sedih.
"Dengan bergenang air mata, kami memandang dinding yang kosong. Saya memikirkan bagaimana kelak akan pulih dari keperitan ini," tulisnya lagi.
Markle kemudian menyifatkan pengalaman keguguran yang dialaminya sangat memberi kesan dan tidak mudah dilupakan.
Apalagi katanya, memang banyak yang mengalami insiden sama (keguguran) tetapi hanya sedikit yang berkongsi cerita.
#Putera Harry #Meghan Markle #Gugur
;