Baru-baru ini, Meghan Markle dan suaminya Putera Harry telah menerima undangan untuk menghadiri Anugerah Emmy 2018 namun, pasangan diraja Britain ini dikhabarkan telah menolak undangan itu dengan baik.

Menurut sumber, Meghan dan Putera Harry telah ditawarkan untuk menjadi VVIP di anugerah tersebut dan Meghan diberi peluang untuk berjumpa rakan-rakan lamanya di industri hiburan Hollywood.

Namun begitu, khabar angin mengatakan bahawa pasangan ini telah menolak jemputan itu kerana menganggap ia merupakan strategi untuk menaikkan 'rating' tontonan acara tersebut.

"Meghan dan Putera Harry menyedari jika mereka hadir ke anugerah tersebut, 'rating' tontonan akan lebih meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya dan mereka tidak mahu hadir atas dasar itu," kata sumber.

Sebelum mengahwini Putera Harry, Meghan telah berlakon dalam 'Suits', sebuah siri TV popular di Amerika Syarikat namun tidak pernah memenangi sebarang anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org