Pelantun lagu All About That Bass, Meghan Trainor mengaku seperti kehilangan dirinya yang sebenar selepas melahirkan anak pertama dari perkahwinan dengan Daryl Sabara, 20 bulan lalu.
Menurut Trainor, 28, apa yang lebih membuat dia benci melihat diri sendiri adalah ‘kemunculan’ stretch mark dan berat badannya yang semakin meningkat.
Dalam temubual bersama MailOnline, penyanyi itu juga mengaku pengalaman yang dilaluinya sepanjang hamil dan selepas melahirkan pada Februari 2021 lalu sebagai mengerikan.
“Lagu pertama yang saya tulis selepas melahirkan, maksud saya sebaik menjalani pembedahan dengan tubuh dipenuhi strech mark, saya berasa terlebih, terlebih tidak menyayangi diri saya.
“Berat badan saya bertambah dan ia tidak pernah terjadi sebelumnya. Judulnya, Remind Me dan ia berkisah tentang bagaimana suami masih melihat saya cantik seperti sebelumnya di dalam album ini,” ujar Trainor.
Pemenang Grammy itu bagaimanapun mengaku mendapat kekuatan melalui banyak sokongan positif dan inisiatif dirinya untuk menurunkan berat badan.
“Setiap hari saya berfikir semuanya sukar, tapi jika saya boleh melalui detik sukar seperti menjalani pembedahan sewaktu melahirkan, mengapa saya tidak boleh ke gym setiap hari? Saya kuat,” katanya.
Foto: Parents.com, thenews.com, scarymom.com
Maliah Surip
Mon Oct 17 2022


KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan

Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi