Berita
“Meh Hantar Pada Saya...” - Sedih Lihat Bayi Dibuang, Misha Omar Idam Bayi Perempuan
Penyanyi Misah Omar sedih melihat foto seorang bayi tidak berbaju yang dibuang di kaki lima oleh ibu yang tidak bertanggungjawab.
Misha berpesan agar ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka agar tidak membuang bayi sebegitu sahaja sebaliknya cuba mencari pertolongan.
“Kepada ibu-ibu yang senasib dengan ibu bayi ini, jangan buat macam ni ok?
“Kesalahan awak semua bukan bererti awak berhak melakukan bayi itu seperti ini. Reach out, voice out!
“Masih ramai yang sayang, terlalu ramai juga yang prihatin.
“Tindakan ibu-ibu semua akan menyelamatkan nyawa anak-anak ini... Tolonglah,” katanya.
Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut pelantun lagu Pulangkan itu memuat naik foto seorang bayi tanpa baju yang ditinggalkan di kawasan kaki lima yang sangat kotor.
Tambah Misha lagi, jika ada seorang bayi perempuan yang tidak mampu dijaga oleh ibu-ibu di luar sana, penyanyi tersebut meminta agar bayi itu diberikan kepadanya untuk dijaga.
“Jika ada Khadijah (bayi perempuan) seorang mari hantar kat Bumitch (Misha), ada Abang Adam & Abang Idris boleh jaga,” katanya lagi.
Misha dan suami, Firroz Ezzwan Rossly mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa yang berusia 2 tahun, serta memiliki seorang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10.
Must-Watch Video