HIBURAN
Mek Yun Gembira Berjaya Puasa Penuh Sehari, Teruja Tunggu Azan Berbuka - “Bukan Senang Tapi Saya Sedar Satu Benda…”
Personaliti media sosial, Mek Yun menyatakan rasa gembira kerana berjaya berpuasa di bulan Ramadan.
Cabaran berpuasa
Walaupun baru sehari mencuba, namun Mek Yun mengakui cabaran berpuasa cukup besar.
“Mek Yun berjaya puasa hari ini guys! Hari ini bukan pasal puasa je, tapi pasal kekuatan diri.
“Sekarang pukul 5:30 pagi, dengan semangat yang korang bagi, saya berniat nak puasa penuh.
“Sebelum tidur mak pesan kalau lapar kita kena ingat orang yang lebih susah. Kalau penat, kita ingat ganjaran yang lebih besar lepas itu,” ujarnya.
Mek Yun berkongsi perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Selasa.
Gembira dapat puasa penuh
Malah Mek Yun juga tidak berputus asa untuk terus berpuasa walaupun mengalami sedikit pening dan terpaksa berehat seketika.
“4:30 petang, nak tidur sekejap sebab saya dah easa pening sikit. 6:30 petang lepas mandi dah fresh kita datang ke bazar.
“Akhirnya saya berjaya puasa guys. Bukan senang, tapi saya sedar satu benda. Dalam hidup ni, kadang-kadang kita rasa nak give up kan?
“Tapi bila ada orang yang percaya dekat kita, support kita dan selalu ada, itu yang buat kita bangun balik. Korang lah orang tu.
“Inilah antara ganjaran terbesar berpuasa, mengajar kita erti kesabaran, keikhlasan dan rasa syukur. Gembiranya saya,” katanya.
Difahamkan Mek Yun cuba berpuasa selepas salah seorang pengikut memberi cadangan tersebut sebagai tanda meraikan berita gembira.
Berita gembira yang dimaksudkan adalah apabila Mek Yun berjaya mendapatkan kembali akaun TikTok miliknya yang sebelum ini lenyap begitu selepas digam pengelola aplikasi berkenaan.
Must-Watch Video