gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bawa Nanny Lunara Naik Penerbangan Mewah, Netizen Tanya Intan Najuwa Ada Kerja Kosong Tak? - “Tolak Stroller Pun Saya Bersyukur Dah”
HIBURAN
Mek Yun Teruja Beli Rumah Pertama, Pesan Wanita Perlu Berdikari - “Tak Perlu Duit Suami”
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mek Yun Teruja Beli Rumah Pertama, Pesan Wanita Perlu Berdikari - “Tak Perlu Duit Suami”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
12/08/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Mek Yun Teruja Beli Rumah Pertama, Pesan Wanita Perlu Berdikari - “Tak Perlu Duit Suami”
Pempengaruh, Mek Yun meluahkan rasa gembira apabila dapat berkongsi rumah pertamanya kepada peminat.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mek Yun atau nama lengkapnya We Yu Nee dilihat begitu teruja dapat mengelilingi setiap sudut dalam rumah barunya.
“Saya capai lagi another milestone! Akhirnya, saya dapat beli rumah baharu,” tulisnya di kapsen.
Pada masa sama, pempengaruh itu juga sempat berpesan kepada golongan wanita agar sentiasa berdikari dan tidak bergantung kepada wang pasangan.
“Saya sangat gembira dan bangga dengan diri sendiri. Saya nak pesan untuk semua perempuan dekat luar sana, kita tak perlu tunggu suami sediakan rumah untuk kita.

“Kalau boleh, mula menabung dari sekarang. Biar kita ada rumah sendiri, ada aset sendiri.

“Satu tempat yang kita tahu, tak kira apa pun terjadi, kita ada tempat untuk berteduh. Perancangan yang kita bina dengan usaha sendiri,” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kejayaan yang dicapai Mekyun dan setuju dengan kenyataan wanita perlu memiliki aset sendiri tanpa mengharapkan harta suami.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Setuju wanita perlu ada rumah sendiri. Kecil pun takpe asalkan harta sendiri.”
“Tahniah Mekyun!”
“Setuju, saya sendiri ada 2 buah rumah teres atas nama saya sendiri. Saya bangga dengan pencapaian saya sendiri,” komen netizen.
Topic Berkaitan
#Suami
#Rumah
#Harta
#Beli
#Mekyun
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement