Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Melabuhkan Sedikit Lagi Tudungnya” – Mohd Al-Adib Jaga Penampilan Wany Selepas Bergelar Isteri

Shahrin Zulkifle
25/07/2022 03:00 MYT
Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib tidak menghalang isterinya untuk terus bergelar artis namun meletakkan syarat agar melabuhkan tudung setiap kali keluar bekerja.

Menurut Mohd Al-Adib, mereka berdua akan berbincang terlebih dahulu berkenaan sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

“Untuk syarat dan batas itu, selalunya saya dan dia akan berbincang. Wany akan bertanya kepada saya untuk melakukan sesuatu dan saya pun begitu, akan bertanya sama ada boleh atau tidak.

“Apabila saya kata boleh, kemudian barulah Wany akan buat, jika tidak maka sebaliknya.

“Tapi syarat pertama sekali yang saya beritahu pada Wany selepas ini, untuk melabuhkan sedikit lagi tudungnya. Itu sahaja,” kata Mohd Al-Adib ringkas.

Wany dan Al-Adib ditemui ketika di Majlis Kesyukuran di Ruscuss Hall Forest Valley, semalam.

Meskipun beristerikan selebriti, Mohd Al-Adib masih menganggap media sosial bukan prioritinya sehingga kini. Malah, juruterbang berasal dari Kuching, Sarawak itu menjadikan YouTube sebagai platform escapismenya.

“Bagi saya media sosial tiada kepentingan sangat untuk diri saya, sebab pekerjaan saya tidak memerlukan itu.

“Kerja saya pun jarang sangat untuk bermain telefon, saya tidak selalu memegang telefon, mungkin ada kalanya di waktu lapang, saya akan layan YouTube sekejap.

“Jadi selepas ini, mungkin saya masih sama seperti dulu, masih tidak sangat bermain media sosial, sebabnya sudah terbiasa.

“Untuk Wany memang dunia kerja dia sebegitu, jadi tidak mengapa untuk dia bermain media sosial kerana itu sebahagian dari kerja,” tambah Al-Adib.

Pada majlis yang berlangsung Jumaat lalu, pasangan pengantin itu telah selamat disatukan oleh bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56 dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al-Mukaramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al-Rasyid Mat Isa.

Wany telah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak.

#Viral #TikTok #Wany Hasrita Kahwin #Wany Adib #Wany Hasrita Al-Adib Fahmi #Wany Hasrita Kahwin Mengejut
;