Bagi mereka yang gemar menikmati daging, pastinya anda suka mencuba pelbagai bahagian daging untuk merasakan kelainan menu terbabit.

Antara salah satu bahagian daging lembu yang enak ialah brisket iaitu daging yang terletak di bahagian dada.

Sebenarnya, daging brisket ini agak liat kerana kepadatan tisu yang terletak di bahagian dada tetapi jika kena dengan cara masak, ia akan menjadi sangat lazat.



Bahagian brisket menjadi sangat enak dan lembut jika dimasak, dipanggang atau disalai secara perlahan. Rasanya memang ngam habis!

Menu terbabit yang menjadi taruhan restoran Burnin' Pit yang terletak di Jalan 24/70A,
Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Berteraskan menu daging brisket, ia telah melalui proses barbeku lebih 12 jam untuk mendapatkan rasa yang sangat enak, bermula dari 9 malam hingga 11 pagi keesokan harinya.

Bertemu dengan Pengarah Urusan Burnin' Pit, Kam Kok Fung, daging brisket di sini telah dibarbeku dengan api yang perlahan untuk menyerlahkan lagi kelazatan daging yang 'juicy'.

Tender , juicy , succulent #burninpit #theburninpit #briskets #fullflavor #lowandslow #pulledlamb #desasrihartamas #kualalumpur #malaysiaboleh

A post shared by ??????’ ??? ?? (@burninpit) on

Keeping it steady late night just to satisfy your tastebuds #burninpit #norest #selamathariraya2018 #bbq #lowandslow #fullflavor #brisket #beefribs #jerkchicken #percikchicken #brisketfriedrice #desasrihartamas #kualalumpur

A post shared by ??????’ ??? ?? (@burninpit) on

A tray of meaty goodness for everyone to share on ?? day #burninpit #texasbbq #lowandslow #carnivores #localflavors #beefbrisket #beefribs #pulledlamb #bbqchicken #percikchicken #desasrihartamas #kualalumpur

A post shared by ??????’ ??? ?? (@burninpit) on


"Restoran ini mempertaruhkan cara barbeku dengan cara Texas, tetapi kami memasukkan elemen tempatan untuk menyerlahkan lagi rasanya. Kayu yang digunakan sebagai bahan api untuk proses barbeku adalah kayu dari pokok buah-buahan seperti durian, mangga atau nangka yang diambil dari negeri kelahiran saya, Pahang.

"Terbahagi kepada dua, bahagian flat mempunyai lebih banyak daging dan bahagian point pula terkandung lemak yang lazat. Jika tidak kena cara memasak, daging akan terasa seperti getah. Jadi, kami memang berhati-hati dengan setiap proses barbeku," katanya.

Selain menyajikan makanan yang lazat, dekorasi Burnin' Pit juga sangat menyenangkan mata dan boleh anda jadikan tempat untuk mengambil foto yang bakal dimuat naik di Instagram.







Selain makanan enak dan dekorasi yang menarik, sos barbeku yang disediakan juga menyelitkan elemen tempatan dan rasanya sangat lazat!

"Sos kami memang mendapat perhatian ramai pengunjung kerana rasanya yang enak dan unik. Kami menggunakan bahan tempatan seperti gula melaka dan cili boh.



"Setahun dibuka, restoran ini mendapat respon yang sangat positif. Pelanggan boleh memilih untuk turut menggabungkan menu daging brisket dengan ayam barbeku, daging rusuk (ribs), pulled lamb dan beberapa menu lagi dalam satu platter untuk dinikmati dengan rakan-rakan.

Hey folks , greetings from the pitmaster, thanks to all the meat lovers we sold out for 2 days. I would like to apologise if there’s none left for you. Do give us call if u want us to reserve some meats for you ! Thanks again ! #burninpit #lowandslow #bbq #brisket #nowopen

A post shared by ??????’ ??? ?? (@burninpit) on

Call to make pre orders for a whole brisket, we will be open as usual during Raya ! #burninpit #lowandslow #bbq #fullflavor #brisket #beefribs #pulledlamb #percikchicken #jerkchicken #beefsausage #BFR #brisketfriedrice #desasrihartamas #openforhariraya #selamathariraya2018 #kualalumpur #malaysiaboleh #foodporn

A post shared by ??????’ ??? ?? (@burninpit) on


"Burnin' Pit juga menyediakan variasi makanan lain seperti makanan tengah hari iaitu nasi kerabu dengan daging brisket, beef noodle soup dengan daging brisket, nasi goreng daging brisket dan banyak lagi.

"Kami juga ada menyediakan pelbagai pilihan sandwich, nachos yang dihidangkan dengan ayam serta sos percik dan macam-macam lagi," katanya.

Jika anda mencari kelainan dan mahu merasakan sendiri keenakan serta kelazatan daging brisket yang dibarbeku sempurna, jangan lupa untuk berkunjung ke Burnin' Pit! Singgah ke laman Instagram mereka untuk lebih informasi!