Melancong merupakan salah satu aktiviti paling popular di dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, melancong membawa erti pergi melawat untuk bersenang-senang atau untuk melihat-lihat.

Namun, terdapat persepsi berbeza yang ada jika kita bercakap mengenai topik melancong.

Ada sesetengah pihak berpendapat melancong merupakan satu pembaziran. Ada juga yang menganggap melancong merupakan satu pelaburan masa hadapan.

Mana satu yang betul, pembaziran atau pelaburan?

Jawapannya ada di tangan anda.

Setiap orang mempunyai matlamat dan keinginan tersendiri, lebih-lebih lagi apabila kita berbicara mengenai topik berkenaan dengan pelancongan atau kembara.

Ada yang gemar mengembara solo dengan bajet yang rendah, ada juga yang gemarkan percutian di hotel lima bintang yang mempunyai pemandangan cantik.

Semuanya terpulang kepada anda. Jika anda gemar merasai pengalaman mewah ketika melancong, anda harus merancang dengan baik untuk mencapai hasrat di hati.

Pembaziran bakal terjadi jika anda gagal untuk menguruskan kewangan dengan sempurna.

Janganlah sampai meminjam atau menyusahkan diri sendiri untuk mencapai matlamat serta cita-cita anda demi bercuti di destinasi impian.

Melancong merupakan satu pelaburan masa hadapan kerana banyak manfaat yang anda perolehi jika anda mengembara.

Anda dapat belajar benda baru, dapat melihat dunia luar dan apa yang penting, ia akan memberikan pengalaman berbeza untuk diri anda jika anda berkesempatan melancong.

Jadi, kepada anda yang ingin melancong atau mengembara ke luar negara, pastikan anda mempunyai perancangan yang baik, dari segi destinasi, bajet, kewangan, kemudahan dan banyak lagi.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan... Selamat melancong!

Kredit foto: MyDiscoveries