GAYA HIDUP
Melaram Lagak Sang Ratu Syawal Ini Persis Erra Fazira, Mira Filzah, Aina Abdul & RR Royalties Lain! Rizman Ruzaini; "Saya Mahu Kelihatan Gah Untuk ..."
Ramadan masih berbaki beberapa hari lagi, namun koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress hampir habis terjual!
Sambutan luar biasa terhadap koleksi ini membuktikan bahawa fesyen eksklusif dan mewah tetap menjadi pilihan utama untuk perayaan Aidilfitri tahun ini.
Kenapa Koleksi Empress Begitu Laris?
Setiap helaian dalam koleksi Empress bukan sekadar pakaian, tetapi simbol gaya dan keanggunan yang berpadu dengan unsur sejarah.
Inspirasi daripada era British Raj dan keagungan Ratu Victoria diterjemahkan ke dalam rekaan yang penuh ketelitian.
Helaian ini menampilkan elemen renda Tartan mewah, sulaman filigree yang rumit, serta kerongsang eksklusif yang diinspirasikan daripada permata Koh-I-Noor.
Keseluruhan koleksi ini menggunakan fabrik crepe concerto dalam rona neutral lembut, memberikan sentuhan klasik yang menawan.
Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, koleksi ini direka untuk lebih daripada sekadar persalinan Hari Raya.
"Ya, ketika mengilhamkannya, saya memikirkan satu pemakaian yang lebih daripada pandangan baju raya. Maksudnya di sini, saya mahu ia kelihatan gah untuk dijadikan persalinan hari istimewa lainnya seperti ke karpet merah atau apa jua yang sesuai dengan keunggulan inspirasinya,” katanya.
Selebriti dan RR Royalties
Keunikan koleksi ini turut menarik perhatian ramai selebriti yang telah mencubanya sendiri di butik Rizman Ruzaini. Antara bintang yang tampil anggun dalam persalinan RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress ialah Erra Fazira, Mira Filzah, Diana Danielle, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Eyka Farhana, Aina Abdul, Raysha Rizrose..jpg)
.jpg)
.jpg)
Setiap rekaan dalam koleksi ini dihasilkan dalam jumlah terhad untuk mengekalkan eksklusiviti dan kualiti premium.
Walaupun dikategorikan sebagai koleksi mewah, ia tetap ditawarkan pada harga mampu milik bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati pengalaman fesyen yang elegan ini.
16 Rekaan Eksklusif dalam Koleksi Empress 2025
Koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress mula dijual pada 27 Januari 2025 menerusi laman web rasmi www.RRbyRizmanRuzaini.com dan butik utama.